INFORMASI TEMPATAN

Maklumat Komuniti
LOKASI DAN POPULASI PENDUDUK FELDA CERUL


Felda cerul terletak di daerah Kemaman di dalam wilayah Terengganu, negeri Terengganu. Parlimen Kemaman dimana Ahli Parlimen ialah YB. Dato’ Sri Ahmad Shabery bin Cheek dan D.U.N Air Putih dimana Ahli D.U.N ialah YB Tuan Hj. Wan Abdul Hakim bin Tan Sri wan Mokhtar. Kawasan ini letaknya sejauh 35 km dari Bandar Chukai yang mana merupakan Bandar terdekat. Manakala bagi ibu negeri Terengganu iaitu kuala Terengganu, jaraknya adalah 170 km dari kawasan ini.

Pada tahun 2014, populasi penduduk dianggarkan sekitar 1500 orang. Penduduk Rancangan ini semuanya terdiri daripada Bangsa Melayu dan Bumiputera. Dari segi pekerjaan pula, seperti yang kita sedia maklum, Tanah Rancangan Felda ini ditanam dengan tanaman sawit, maka Peneroka disini memperolehi sumber pendapatan melalui hasil sawit yang dituai setiap bulan. Manakala sementara penanaman semula pokok kelapa sawit bagi menggantikan pokok yang lama yang diambil alih oleh pihak Rancangan, penduduk kawasan ini rata-rata melakukan kerja-kerja kampung bagi menampung perbelanjaan keluarga. Antaranya ialah mengusahakan kebun tanaman sayur, bercucuk tanam, menternak lembu dan ada juga yang berkerja sebagai buruh.


Rekreasi & Pelancongan

Pusat Tumpuan Pelancong

Antara tempat menarik yang boleh dikunjungi di sini antaranya ialah Kolam Memancing Bekas Lombong. Bekas lombong biji timah ini dijadikan satu tempat rekreasi bagi kaki pancing untuk mendapat pelbagai jenis ikan yang dilepaskan di sini.

Tempat ini juga sering kali menganjurkan pertandingan memancing bagi kaki joran untuk menunjukkan aksi mereka. Pertandingan yang dianjurkan bukan hanya melibatkan penduduk kampung sekitar tetapi seringkali mengundang kaki joran dari seluruh pelusuk Malaysia.

Selain itu, bekas lombong ini juga sering kali menjadi tumpuan penduduk setempat sebagai kawasan untuk beriadah dengan melakukan aktiviti bermandi manda.



Tempat Makan Yang Menarik

Antara tempat makan yang sering menjadi kunjungan ramai di Felda Cerul ini adalah deretan kedai yang tertumpu di pusat rancangan felda ini sendiri. Antaranya ialah kedai makan Pak Li, Kedai makan Che Long dan beberapa buah kedai makan lagi yang kebiasaannya menjual makanan nasi berlauk pada seelah siang dan makanan panas pada sebelah malamnya pula.

Tempat-tempat makan sebegini menjadi tumpuan anak-anak muda dan golongan dewasa kampung ini sebagai tempat berkumpul dan membincangkan isi-isu di dalam kampung.



Homestay

Bagi pengunjung luar yang datang berkunjung ke sini yang ingin mencari tempat penginapan sementara, HOMESTAY K.NA menjadi pilihan. Homestay ini menempatkan satu bilik yang boleh memuatkan seramai 6 orang dengan kemudahan bilik air di dalam bilik tersebut. Untuk maklumat lanjut, boleh menemuai Pn. Roslina bt Wahab di kediamannya yang beralamat No. 72, Felda Cerul 2, 24000 Kemaman, Terengganu atau boleh hubungi beliau di 019-996 7127.

Selain itu, pilihan homestay lain yang ada di sini adalah INAH HOMESTAY. Kediaman ini juga boleh menempatkan 6 orang bagi satu bilik dengan kemudahan asas yang disediakan seperti kemudahan tandas dan persekitan yang selesa dalam suasana kampung. Untuk maklumat lanjut, boleh menemuai Pn. Tuan Hasnah bt Syed Abd Aziz di kediamannya yang beralamat No. 51, Felda Cerul 2, 24000 Kemaman, Terengganu atau boleh hubungi beliau di 019-935 8682.

Kemudahan Awam

Pejabat Felda

Bangunan JKKR

Bangunan Koperasi Felda Cerul

Dewan Orang Ramai

Masjid Cerul

Taman Selesa

Gelanggang Takraw
Pendidikan

Sek. Keb. Felda Cerul

Sek. Men. Keb. Felda Cerul
Kisah Kejayaan

-Tiada Maklumat-

Keusahawanan





Produk Tempatan

Antara produk tempatan yang boleh didapati di Felda Cerul antaranya ialah roti bun buatan orang tempatan yang dibuat sendiri secara tradisional dangan resepi tersendiri. Roti buatan En. Mohamad bin Embong ini sangat terkenal di kalangan penduduk setempat dengan kelembutan dan kemanisan rotinya yang asli dan dibuat tanpa bahan pengawet atau bahan perasa yang tidak baik untuk kesihatan. Roti ini dihasilkan sendiri di rumahnya yang beralamat di Felda Cerul 01, 24000 Kemaman, Terengganu. Beliau sudah 10 tahun menghasilkan roti ini dan sering dipasarkan di kedai-kedai runcit di dalam tanah rancangan ini.

Selain itu, di sini juga terdapat produk makanan sejuk beku yang diusakan oleh Wan Erni bt Wan Ali selama lebih 1 tahun. Antara makanan sejuk beku yang menjadi permintaan ramai adalah kuih karipap. Produk ini dihasilkan di rumahnya sendiri dengan air tangan sendiri. Produk ini sering menjadi tempahan penduduk setempat malahan mendapat tempahan daripada anak-anak peneroka yang tinggal di luar daripada kawasan ini untuk dibawa balik ke tempat tinggal masing-masing. Kepada yang berminat untuk membuat tempahan, boleh pergi sendiri di kediamannya yang beralamat Felda Cerul, 24000 Kemaman, Terengganu atau boleh menghubungi sendiri beliau 010-9215537.

Antara produk tempatan lain yang dihasilkan penduduk tempatan yang sering menjadi bualan dan sering ditempah untuk majlis-majlis keraian di dalam kampung ini adalah Kuih Bahulu yang dihasilkan oleh Pn. Nora di kediaman beliau sendiri yang bealamat di No. 11, Felda Cerul, 24000 Kemaman, Terengganu. Kuih bahulu beliau menjadi permintaan orang ramai di dalam majlis-majlis di tanah rancanagn ini kerana teksturnya yang rangup diluar tetapi lembut didalam selain daripada rasanya yang sedap. Tidak menggunakan bahan pewarna dan perasa yang tidak baik untuk kesihatan malah pembuatannya dijamin bersih dan halal.